Thursday, 23 May 2013

Kolej Profesional Mara

Hai..dah lama aku tak layan blog...alah maklumlah orang (bz) katakan...hari ini aku nak kongsikan pengalaman belajar di ipta.Keputusan SPM aku tak adarlah gempak mana,orang tua-tua cakap bolehlah.Aku belajar di kuantan jer dalam tempoh 3tahun setengah. Bapak lama aku rase kalau orang yang baru kahwin dah ader 2 orang anak kot. Pertama kali aku jejak kaki dkt kpm tu perghh aku rasa macam tak percaya jer mana taknya macam sekolah asrama penuh. Apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab aku diberi peluang untuk menyambung belajar di situ. Terima Kasih MARA. Macam-macam pengalaman yang aku dapat suka mahupun duka. Peraturan yang aku rasa tak leh terima sekali kena pakai baju kurung..pergh..klo raya pun aku pakai baju kurung untuk raya pertama. Setiap kali nak keluar outing kena pakai baju kurung. Masuk kolej sebelum pukul 7.00 pm aduyai macam asrama penuh.Lama kelamaan baru aku tahu kenapa peraturan di KPMIM tak sama macam kolej shahputra, ikip or dll. Daripada situlah aku merasakan pemakaian baju kurung amat sopan sekali berbanding pemakaian smart kasual. Sampai ke hari nie aku rasa nak pergi pasar pun rasa nak pakai baju kurung.^_^ Apa-apa pun aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakanku di kmpim yang selama ini yang banyak membantu aku ketika belajar. Aku harap persahabatan kita tak kan pupus di telan arus. Yang penting sekali kalau kahwin jangan lupa jemput aku ye :) adioss...